My photo
Waktu Operasi * Isnin - Khamis : * 08.00 AM - 01.00 PM * 02.00 PM - 05.00 PM * Jumaat : * 08.00 AM - 12.15 PM * 02.45 PM- 05.00 PM * Sabtu & Ahad : * Tutup

Info Solat

Berita / Majalah

E-Didik

PKG NSDK

Sekolah Ahli

Thursday, September 13, 2012
Ucapan Tahniah kepada semua sekolah ahli PKG yg telah berjaya mengisi data SSQS dengan lengkap pada tarikh yang sepatutnye.
Tuesday, January 31, 2012
Monday, January 9, 2012

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.

Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.


Pembestarian Sekolah

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.

Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.


Sekolah Bestari

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:

  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
  • Polisi
  • Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
  • Teknologi
  • Proses

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPSialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).


Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS).


e-al Qamus

e-al Qamus ialah kamus istilah dalam bentuk elektronik tribahasa (Bahasa Arab-Arab-Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris) yang merupakan ensiklopedia bahasa moden pertama secara online di Malaysia.

Sunday, January 1, 2012


Assalamualaikum


Pihak PKG Gemencheh mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua warga pendidikan.
Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi pihak PKG Gemencheh di talian 06-4317381.
Terima Kasih.
Thursday, November 3, 2011
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Tuan,

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Mohon pihak sekolah mengisi borang maklumat seperti Link di bawah.

3. Tujuan borang ini adalah untuk mendapatkan data dan dimasukkan ke dalam modul maklumat peralatan ICT dan bukan ICT bsgi tindakan penggantian peralatan ICT dan bukan ICT di semua sekolah pada tahun hadapan. Ini akan memudahkan kerja-kerja mengenalpasti dan menilai keperluan sekolah berdasarkan maklumat yang diberi.

4. Semua borang hendaklah diserahkan pada atau sebelum 18 November 2011 (Jumaat)kepada PKG Gemencheh secara emel di alamat emel pkg_gemencheh@moe.edu.my.

5. Kerjasama pihak tuan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

'Teknologi Untuk Pendidikan Bestari'

Muhammad Helmi Bin Nordin
JTK PKG Gemencheh
06-4317381

Muat Turun Borang Maklumat Di sini.
Tuesday, October 11, 2011
Kutipan data SPPICTS bagi Kawasan PKG Gemencheh telah mencapai peratusan 100% bagi semua sekolah. Pihak PKG Gemencheh mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kutipan siri ke-2 ini. Kerjasama dari pihak sekolah amat kami hargai.
Terima Kasih.
Monday, October 10, 2011

Mungkin ramai yang tidak ketahui dimana Telekom Malaysia telah pun mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% sejak daripada bulan Januari 2011 yang lepas, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi sekali lagi untuk mengesahkan perkara ini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Telekom Malaysia berkaitan dengan perkara ini:

SEMAKAN SEMULA CAJ CUKAI PERKHIDMATAN
TM ingin memaklumkan bahawa berdasarkan Bajet 2011, cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai berkuatkuasa 1 Januari 2011. Sehubungan itu, kami telah menyemak semula caj cukai perkhidmatan kami seperti berikut:

Untuk perkhidmatan telefoni:
TM akan mula mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan telefoni kami berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimanapun, untuk perkhidmatan telefoni, cukai perkhidmatan 6% tersebut akan dicaj berkuatkuasa bil bulan Februari 2011 dan seterusnya memandangkan bil bulan Januari 2011 akan mengandungi caj bulan Disember 2010.

Untuk perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan-perkhidmatan lain:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan – perkhidmatan lain berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Untuk perkhidmatan UniFi:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan UniFi berkuatkuasa 1 Januari 2011. Untuk pelanggan UniFi, oleh kerana TM akan mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% dalam bil bulan Januari 2011, maka TM akan memberi rebat 1% perkhidmatan (6% – 1% = 5%) untuk bulan Januari yang akan dipaparkan di dalam bil bulan Februari 2011.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan ke help@tm.com.my untuk perkhidmatan telefoni/litar suwa dan perkhidmatan lain; atau unifi@tm.com.my untuk pelanggan-pelanggan perkhidmatan UniFi.

Seperti semua sedia maklum, pengenalan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan pascabayar telah lama diperkenalkan, dan hanya perkhidmatan prabayar sahaja yang masih belum diperkenalkan cukai perkhidmatan 6% buat masa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tarikh dan Masa

>

Komen

Jom Beri Ikan Makan