My photo
Waktu Operasi * Isnin - Khamis : * 08.00 AM - 01.00 PM * 02.00 PM - 05.00 PM * Jumaat : * 08.00 AM - 12.15 PM * 02.45 PM- 05.00 PM * Sabtu & Ahad : * Tutup

Info Solat

Berita / Majalah

E-Didik

PKG NSDK

Sekolah Ahli

Tuesday, October 11, 2011
Kutipan data SPPICTS bagi Kawasan PKG Gemencheh telah mencapai peratusan 100% bagi semua sekolah. Pihak PKG Gemencheh mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kutipan siri ke-2 ini. Kerjasama dari pihak sekolah amat kami hargai.
Terima Kasih.
Monday, October 10, 2011

Mungkin ramai yang tidak ketahui dimana Telekom Malaysia telah pun mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% sejak daripada bulan Januari 2011 yang lepas, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi sekali lagi untuk mengesahkan perkara ini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Telekom Malaysia berkaitan dengan perkara ini:

SEMAKAN SEMULA CAJ CUKAI PERKHIDMATAN
TM ingin memaklumkan bahawa berdasarkan Bajet 2011, cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai berkuatkuasa 1 Januari 2011. Sehubungan itu, kami telah menyemak semula caj cukai perkhidmatan kami seperti berikut:

Untuk perkhidmatan telefoni:
TM akan mula mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan telefoni kami berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimanapun, untuk perkhidmatan telefoni, cukai perkhidmatan 6% tersebut akan dicaj berkuatkuasa bil bulan Februari 2011 dan seterusnya memandangkan bil bulan Januari 2011 akan mengandungi caj bulan Disember 2010.

Untuk perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan-perkhidmatan lain:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan – perkhidmatan lain berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Untuk perkhidmatan UniFi:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan UniFi berkuatkuasa 1 Januari 2011. Untuk pelanggan UniFi, oleh kerana TM akan mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% dalam bil bulan Januari 2011, maka TM akan memberi rebat 1% perkhidmatan (6% – 1% = 5%) untuk bulan Januari yang akan dipaparkan di dalam bil bulan Februari 2011.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan ke help@tm.com.my untuk perkhidmatan telefoni/litar suwa dan perkhidmatan lain; atau unifi@tm.com.my untuk pelanggan-pelanggan perkhidmatan UniFi.

Seperti semua sedia maklum, pengenalan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan pascabayar telah lama diperkenalkan, dan hanya perkhidmatan prabayar sahaja yang masih belum diperkenalkan cukai perkhidmatan 6% buat masa ini.

Sunday, October 9, 2011

Lanjutan daripada kerosakkan kabel AAG yang diumumkan oleh pihak Telekom Malaysia tempoh hari, kini TM telah pun mengambil langkah seterusnya dimana mereka dalam perancangan untuk memperbaikinya, yang mana disasarkan akan dimulakan pada 23 Oktober kelak, dan tamat dibaiki sepenuhnya pada 29 Oktober.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, ia didapati kabel AAG yang menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat, Asia Utara dan juga Eropah menghadapi sedikit kerosakkan, membuatkan pelayaran web yang dihoskan pada pelayan yang terletak disana sedikit lambat.

Menurut pihak TM, beberapa langkah yang sepatutnya telah pun diambil dalam menguruskan trafik pelayaran internet ke negara dan benua yang terlibat, namun mungkin masih terdapat sedikit kelambatan padanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...