- PUSAT KEGIATAN GURU GEMENCHEH
- Waktu Operasi * Isnin - Khamis : * 08.00 AM - 01.00 PM * 02.00 PM - 05.00 PM * Jumaat : * 08.00 AM - 12.15 PM * 02.45 PM- 05.00 PM * Sabtu & Ahad : * Tutup
Info Solat
Berita / Majalah
E-Didik
PKG NSDK
Sekolah Ahli
Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.
Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
- Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
- Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
- Polisi
- Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
- Teknologi
- Proses
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPSialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS).
e-al Qamus ialah kamus istilah dalam bentuk elektronik tribahasa (Bahasa Arab-Arab-Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris) yang merupakan ensiklopedia bahasa moden pertama secara online di Malaysia.

Assalamualaikum
Tuan,
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Mohon pihak sekolah mengisi borang maklumat seperti Link di bawah.
3. Tujuan borang ini adalah untuk mendapatkan data dan dimasukkan ke dalam modul maklumat peralatan ICT dan bukan ICT bsgi tindakan penggantian peralatan ICT dan bukan ICT di semua sekolah pada tahun hadapan. Ini akan memudahkan kerja-kerja mengenalpasti dan menilai keperluan sekolah berdasarkan maklumat yang diberi.
4. Semua borang hendaklah diserahkan pada atau sebelum 18 November 2011 (Jumaat)kepada PKG Gemencheh secara emel di alamat emel pkg_gemencheh@moe.edu.my.
5. Kerjasama pihak tuan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
'Teknologi Untuk Pendidikan Bestari'
Muhammad Helmi Bin Nordin
JTK PKG Gemencheh
06-4317381
Muat Turun Borang Maklumat Di sini.
Mungkin ramai yang tidak ketahui dimana Telekom Malaysia telah pun mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% sejak daripada bulan Januari 2011 yang lepas, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi sekali lagi untuk mengesahkan perkara ini.
Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Telekom Malaysia berkaitan dengan perkara ini:
SEMAKAN SEMULA CAJ CUKAI PERKHIDMATAN
TM ingin memaklumkan bahawa berdasarkan Bajet 2011, cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai berkuatkuasa 1 Januari 2011. Sehubungan itu, kami telah menyemak semula caj cukai perkhidmatan kami seperti berikut:Untuk perkhidmatan telefoni:
TM akan mula mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan telefoni kami berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimanapun, untuk perkhidmatan telefoni, cukai perkhidmatan 6% tersebut akan dicaj berkuatkuasa bil bulan Februari 2011 dan seterusnya memandangkan bil bulan Januari 2011 akan mengandungi caj bulan Disember 2010.Untuk perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan-perkhidmatan lain:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan – perkhidmatan lain berkuatkuasa 1 Januari 2011.Untuk perkhidmatan UniFi:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan UniFi berkuatkuasa 1 Januari 2011. Untuk pelanggan UniFi, oleh kerana TM akan mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% dalam bil bulan Januari 2011, maka TM akan memberi rebat 1% perkhidmatan (6% – 1% = 5%) untuk bulan Januari yang akan dipaparkan di dalam bil bulan Februari 2011.Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan ke help@tm.com.my untuk perkhidmatan telefoni/litar suwa dan perkhidmatan lain; atau unifi@tm.com.my untuk pelanggan-pelanggan perkhidmatan UniFi.
Seperti semua sedia maklum, pengenalan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan pascabayar telah lama diperkenalkan, dan hanya perkhidmatan prabayar sahaja yang masih belum diperkenalkan cukai perkhidmatan 6% buat masa ini.
Lanjutan daripada kerosakkan kabel AAG yang diumumkan oleh pihak Telekom Malaysia tempoh hari, kini TM telah pun mengambil langkah seterusnya dimana mereka dalam perancangan untuk memperbaikinya, yang mana disasarkan akan dimulakan pada 23 Oktober kelak, dan tamat dibaiki sepenuhnya pada 29 Oktober.
Sebelum ini, pada awal minggu ini, ia didapati kabel AAG yang menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat, Asia Utara dan juga Eropah menghadapi sedikit kerosakkan, membuatkan pelayaran web yang dihoskan pada pelayan yang terletak disana sedikit lambat.
Menurut pihak TM, beberapa langkah yang sepatutnya telah pun diambil dalam menguruskan trafik pelayaran internet ke negara dan benua yang terlibat, namun mungkin masih terdapat sedikit kelambatan padanya.
Mohon semua sekolah ahli PKG Gemencheh membuat pengisian awal bagi mengelakkan kesesakan talian pada saat-saat akhir.
Sila hubungi PKG Gemencheh bagi sebarang pertanyaan.
Terima Kasih.
Sebelum ini, mungkin anda semua sudah membaca mengenai laporan mengenai Google ingin menjenamakan Blogger kepada Google Blogs. Hari ini, melalui suatu sumber rapat Blogger, ianya diperkatakan buat masa ini, Google masih tiada sebarang perancangan untuk membuang jenama Blogger.
Beberapa hari sebelum ini, ianya mula diperkatakan yang mana Google akan menjenamakan semula dua produk popular mereka, iaitu Blogger dan Picasa dengan mengantikannya kepada Google Blogs dan juga Google Photos, sekaligus memudahkan integrasi bersama Google+, selain menggunakan jenama Google pada semua produk mereka.

Walaubagaimanapun, Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi untuk kedua-dua laporan dan ura-ura ini buat masa ini. Namun begitu, melalui kemaskini antaramuka terkini, Google memperlihatkan penggunaan antaramuka yang lebih kurang menyerupai antaramuka Google baru pada Blogger. Walauapapun, sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.
Sebelum ini, seperti sedia maklum, kami telah melaporkan yang mana Google bakal menggantikan jenama Blogger dengan Google Blog, dan menariknya, kini melalui fungsi Blogger In Draft, ianya memperlihatkan yang mana perkhidmatan blog percuma daripada Google itu sudah pun mula menguji antaramuka dan rekabentuk yang menyerupai rekabentuk baru Google.com.

Buat masa ini, perkara ini masih lagi dalam ujian, dan hanya diperkenalkan kepada para pengguna Blogger In Draft sahaja. Namun apa yang dilihat, ianya memberikan idea yang mana Google dalam proses untuk memperkenalkan antaramuka yang selari pada produk-produk mereka, dan pada masa yang sama mungkin akan mengintegrasikan fungsi Google+ padanya.




Ianya sebelum ini, diperkatakan yang mana Google bakal mengantikan jenama Blogger dan Picasa dengan penggunaan Google Blog dan Google Photos. Pada masa yang sama, seperti sedia maklum, Google telah memperkatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan rekabentuk laman yang baru. Namun apa yang diuji oleh Google sekarang berbeza sedikit dengan apa yang diperlihatkan oleh mereka sebelum ini.
Dengan pengenalan Google+ pada minggu lepas, Google ingin membawakan pelbagai perubahan besar pada produk-produk mereka, dimana Google ingin menyeragamkan penggunaan jenama Google pada semua produk mereka, sekaligus menjenamakan semula Blogger dan Picasa kepada Google Blog dan juga Google Photos.
Beberapa jenama lain juga dijangka akan mengalami perubahan yang serupa, namun tiada perubahan akan diperkenalkan pada YouTube buat masa ini. Dengan penjenamaan semula ini juga, Google bakal mengintegrasikan kedua-dua perkhidmatan ini dengan lebih mendalam pada rangkaian sosial mereka, Google+.
Ianya dilaporkan yang mana perubahan daripada Picasa dan Blogger kepada Google Photos dan Google Blogs akan berlaku dalam masa kurang dua bulan lagi. Pada masa yang sama juga, mungkin kita akan dapat melihat pelancaran rasmi Google+ kepada semua pengguna dalam tempoh tersebut.
Sebelum ini, perkhidmatan Blogger telah menerima pelbagai kemaskini, dan pada masa yang sama, Google dalam proses untuk memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk rekabentuk dashboard yang baru padanya. Mungkin dengan penjenamaan semula bersama-sama dengan Google Blogs ini, perkara tersebut akan diperkenalkan sekali.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikannya.
Google hari ini telah pun melancarkan laman baru mereka, iaitu wdyl.com yang mana membawa maksud What Do You Love. Melalui halaman tersebut, ianya membawakan sebuah fungsi carian ringkas, dimana anda boleh melihat carian anda melalui semua produk-produk Google dengan mudah dan pantas melalui hanya satu halaman.

Melalui carian anda, ianya akan menyertakan hasil daripada Google Translate, YouTube, Picasa, Google Trends dan pelbagai lagi produk-produk Google yang lain dengan mudah, dan anda boleh mengikuti semuanya dengan hanya melayari satu laman sahaja, dan tidak perlu membukanya secara berasingan.

Dan, salah satu perkara yang menarik adalah dimana rekabentuk halaman tersebut, menyerupai rekabentuk dan antaramuka laman carian Google utama yang diuji oleh Google akhir-akhir ini. Adakah ianya akan diguna-pakai secara menyeluruh tidak lama lagi?
PERHATIAN
KEPADA GURU ICT / JURUTEKNIK KOMPUTER YANG INGIN MELAPORKAN KEROSAKKAN PERALATAN ICT DI DALAM WEBSITE STS, SILA PASTIKAN ANDA MENGISI DESCRIPTION SEPERTI DI BAWAH. KEPADA YANG TELAH MENGISI SILA KEMASKINIKAN DESCRIPTION ANDA.
FORMAT UNTUK LAPORAN STS :-
MODEL :
NOMBOR SIRI :
DHM ( DAFTAR HARTA MODAL ) :-
TAHUN PEROLEHAN :-
WARRANTY PERKAKASAN ( KAD ) :-
ANTIVIRUS ( DUE DATE )
LOKASI :-
ISU DAN MASALAH LENGKAP :-
TROUBLESHOOT YANG TELAH BUAT :-
NAMA PELAPOR :-
NO.HPHONE :-
JURUTEKNIK PKG AKAN MELAKUKAN KHIDMAT BANTU / PEMANTAUAN MENGIKUT LAPORAN STS. SILA BERHUBUNG DENGAN PKG UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN JURUTEKNIK PKG 0122302854(HELMI)



