My photo
Waktu Operasi * Isnin - Khamis : * 08.00 AM - 01.00 PM * 02.00 PM - 05.00 PM * Jumaat : * 08.00 AM - 12.15 PM * 02.45 PM- 05.00 PM * Sabtu & Ahad : * Tutup

Info Solat

Berita / Majalah

E-Didik

PKG NSDK

Sekolah Ahli

Wednesday, July 6, 2011

Dengan pengenalan Google+ pada minggu lepas, Google ingin membawakan pelbagai perubahan besar pada produk-produk mereka, dimana Google ingin menyeragamkan penggunaan jenama Google pada semua produk mereka, sekaligus menjenamakan semula Blogger dan Picasa kepada Google Blog dan juga Google Photos.

Beberapa jenama lain juga dijangka akan mengalami perubahan yang serupa, namun tiada perubahan akan diperkenalkan pada YouTube buat masa ini. Dengan penjenamaan semula ini juga, Google bakal mengintegrasikan kedua-dua perkhidmatan ini dengan lebih mendalam pada rangkaian sosial mereka, Google+.

Ianya dilaporkan yang mana perubahan daripada Picasa dan Blogger kepada Google Photos dan Google Blogs akan berlaku dalam masa kurang dua bulan lagi. Pada masa yang sama juga, mungkin kita akan dapat melihat pelancaran rasmi Google+ kepada semua pengguna dalam tempoh tersebut.

Sebelum ini, perkhidmatan Blogger telah menerima pelbagai kemaskini, dan pada masa yang sama, Google dalam proses untuk memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk rekabentuk dashboard yang baru padanya. Mungkin dengan penjenamaan semula bersama-sama dengan Google Blogs ini, perkara tersebut akan diperkenalkan sekali.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikannya.

Tuesday, June 28, 2011

Google hari ini telah pun melancarkan laman baru mereka, iaitu wdyl.com yang mana membawa maksud What Do You Love. Melalui halaman tersebut, ianya membawakan sebuah fungsi carian ringkas, dimana anda boleh melihat carian anda melalui semua produk-produk Google dengan mudah dan pantas melalui hanya satu halaman.

Melalui carian anda, ianya akan menyertakan hasil daripada Google Translate, YouTube, Picasa, Google Trends dan pelbagai lagi produk-produk Google yang lain dengan mudah, dan anda boleh mengikuti semuanya dengan hanya melayari satu laman sahaja, dan tidak perlu membukanya secara berasingan.

Dan, salah satu perkara yang menarik adalah dimana rekabentuk halaman tersebut, menyerupai rekabentuk dan antaramuka laman carian Google utama yang diuji oleh Google akhir-akhir ini. Adakah ianya akan diguna-pakai secara menyeluruh tidak lama lagi?

Monday, June 27, 2011
Sunday, June 19, 2011

KEPADA GURU ICT / JURUTEKNIK KOMPUTER YANG INGIN MELAPORKAN KEROSAKKAN PERALATAN ICT DI DALAM WEBSITE STS, SILA PASTIKAN ANDA MENGISI DESCRIPTION SEPERTI DI BAWAH. KEPADA YANG TELAH MENGISI SILA KEMASKINIKAN DESCRIPTION ANDA.

FORMAT UNTUK LAPORAN STS :-

MODEL :
NOMBOR SIRI :
DHM ( DAFTAR HARTA MODAL ) :-
TAHUN PEROLEHAN :-
WARRANTY PERKAKASAN ( KAD ) :-
ANTIVIRUS ( DUE DATE )
LOKASI :-
ISU DAN MASALAH LENGKAP :-
TROUBLESHOOT YANG TELAH BUAT :-
NAMA PELAPOR :-
NO.HPHONE :-

JURUTEKNIK PKG AKAN MELAKUKAN KHIDMAT BANTU / PEMANTAUAN MENGIKUT LAPORAN STS. SILA BERHUBUNG DENGAN PKG UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN JURUTEKNIK PKG 0122302854(HELMI)

Sunday, June 12, 2011
Makluman kepada semua sekolah ahli PKG Gemencheh :-

Kutipan SSQS akan dibuka dari

25 Julai 2011 hingga 14 Ogos 2011

Harap Maklum.

Monday, June 6, 2011


Wednesday, June 1, 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tarikh dan Masa

>

Komen

Jom Beri Ikan Makan